0

jalan bukit bintang

Seorang polis duduk di simpang jalan bagi menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju.Tetapi seorang pengawai trafik ini ternampak sebuah kereta yang dipandu dengan sangat perlhan dianggarkan hanya dipandu dengan kelajuaan 22km sejam sahaja.

Maka polis trafik itu berfikir "Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya terhadap pemandu lain."

Polis trafik itu pun menahan dan memeriksa kerata tersebut lalu mendapati terdapat 4 orang wanita - 2 duduk di depan dan 2 duduk di belakang.Mata mereka semua terbeliak dan menggigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita itu sangat hairan lalu bertanya,"Apa kesalahan saya tuan?Saya tidak melebihi had laju.kenapa saya ditahan?"

"Polis trafik itu menjelaskan,"Kakak bukan melebihi had laju,tetapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh membahayakan pemandu lain dengan menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain."

"Lambat dar had laju?"wanita itu merasa hairan.

"Tuan,saya mengikut dengan tepat kelajuan yang ditulis pada papan tanda..(JALAN AMPANG 22)!bantah wanita itu dengan perasan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud (JALAN AMPANG 22) adalah tanda nama jalan dan bukannya had laju.Dengan mengucapkan perasaan mali,wanita itu mengucapkn terima kasih atas penjelasan itu.

"Tapi sebelum kakak meneruskan perjalanan,saya ad satu pertanyaan..adakah semua penumpang dalam kerta ini dalam keadaan sihat?Nampaknya kakak yang lain macam menggigil ketakutan dan muka pucat,"polis trafik itu bertanya dengan nada kehairanan.

"Oh..jangan bimbang,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi.Kami baru sahaja menuruni (JALAN BUKIT BINTANG 309).

Polis trafik....: ?????????

0 comments:

Post a Comment

Back to Top